Page 7 - Petunjuk Kesihatan 2021
P. 7

Perkara-perkara yang diliputi dalam Pengawasan dan Penilaian Rangka Umum yang terdahulu adalah seperti berikut:-
              a)  Proses dan mekanisma pengawasan dan penilaian
              b)  Dasar-dasar dan strategi kesihatan kebangsaan
              c)  Pembangunan sistem-sistem kesihatan
              d)  Tindak-tanduk antarabangsa
              e)  Jagaan kesihatan yang disediakan
              f)   Tahap kesihatan dan sosio-ekonomi


              Dalam pengawasan melalui Rangka Umum yang ketiga, susunan pada senarai lama 12 petunjuk antarabangsa telah
              pun dipinda mengikut susunan perkara yang diawasi, iaitu:-
              a)  Arah-aliran tahap kesihatan
              b)  Pelaksanaan jagaan kesihatan asas
              c)  Pembangunan sistem-sistem kesihatan berdasarkan pada jagaan kesihatan asas
              d)  Sumber-sumber kesihatan
              e)  Arah-aliran cara hidup sihat dan alam persekitaran
              f)   Kependudukan dan aliran sosio-ekonomi


              Pengawasan Rangka Umum ketiga telah dapat menambahkan lagi dua jenis maklumat, satu berkaitan dengan aliran
              kecacatan dan yang lagi satu berkaitan dengan cara hidup sihat dan alam persekitaran.


              Sebagai tambahan, maklumat bagi matlamat-matlamat pengawasan untuk pembangunan, perlindungan dan
              keselamatan kanak-kanak melalui 27 petunjuk yang disyorkan dalam Persidangan Kemuncak Sedunia bagi Kanak-
              kanak pada bulan September 1990 telah dimasukkan ke dalam pengawasan Rangka Umum untuk kajian pertengahan
              dekad bagi kemajuan yang dibuat untuk pencapaian matlamat utama tahun 2000 seperti dicadangkan oleh WHO/
              UNICEF.






 PETUNJUK KESIHATAN                                                       7                                        PETUNJUK KESIHATAN
 HEALTH INDICATORS                                                                                                  HEALTH INDICATORS
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12